Wednesday, March 30, 2011

Tart Telur


Wow!
My favourite dari zaman kanak-kanak, hinggalah dah jadi mak kanak-kanak.
Kali pertama cuba ni rasanya tahun lepas.
Tapi hasil kurang memuaskan.
Lama memendam hasrat, kali ni baru nekad kembali mencuba.
Diadaptasi dari resepi bonda.
Puas hati!

Saturday, March 26, 2011

Kuih Bakar


Antara kuih yang senang untuk dibuat.
Campur semua bahan dalam blender saja.
Kemudian, bakar!
Sangat senang.

Sunday, March 20, 2011

Spagetti



Spagetti untuk makan malam.
Sesekali ubah selera.
Asyik nasi je, bosan juga.

Saturday, March 19, 2011

Mee Bandung




Wah! Pertama kali mencuba masak mee bandung hari ini.
Tapi tak boleh nak bangga sebab hanya guna rempah segera saja.
He he he. Tak apa yang penting sedap!

Wednesday, March 9, 2011

Lemang & Serunding Daging

Menu untuk sarapan tadi.
Rebus lemang segera dan makan dengan serunding daging.
Kalau ada rendang, mesti lagi best kan?

Wednesday, February 23, 2011

Butter Cake



Untuk makan petang tadi.
Teringin kek coklat tapi serbuk koko dah habis.
Jadi butter cake saja lah.
Tapi tetap taburkan coklat kat tengah-tengah adunan.
Boleh lah sekadar menghilangkan "keteringinan".

Sayur Masak Paprik



Saya suka masak lauk ini.
Kata orang putih, "all in one".
Ada sayur, ada ayam/udang, ada kuah.

Monday, February 21, 2011

Pengat Pisang


Siapa suka Pengat Pisang?
Saya!!
Dah siap masak, masuk peti, fuh...sedap makan bila sejuk.

Sunday, February 20, 2011

Ikan Celup Tepung

Hai!
Tiba-tiba teringat kampung.
Maka, jadi lah Ikan Celup Tepung untuk menu petang.
Tapi tidak lah sehebat ICT di Pantai Teluk Ketapang.

Thursday, February 10, 2011

Resepi Donut

Saya terjumpa 1 resipi donut.
Sangat mudah menyediakannya.
Boleh pelbagaikan rupa.
Kadang-kadang jadi donut, kadang-kadang jadi bun.
Pernah juga saya jadikan pizza!
Cuba lah kalau sudi.

Bahan-
11g yis segera
2 sb marjerin
2 sb gula
2 sb susu tepung
1 biji telur
500g tepung gandum
190ml air suam

Cara-
campurkan yis,marjerin,gula & susu tepung ke dalam 1 mangkuk, tuangkan air suam.
biar selama 10 minit, hingga yis berbuih.
masukkan telur yang dah dipecahkan dlm mangkuk lain.
masuk tepung & gaul sebati.
siap!



Tuesday, February 8, 2011

Nasi Kerabu















Nasi Kerabu versi ibu mertuaku.
He he he.
Tapi saya buat tak cukup "korum".
Sebab? Tak buat Solok Lada.
Agak remeh nak membuat nya.
Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Kan?

Karipap














Petang tadi kami menikmati karipap.
Saya buat inti kentang & ayam.
Tapi terbayang keenakan kalau intinya ialah keledek.
Lagi sedap.

Thursday, February 3, 2011

Yong Tau Foo

Bila tekak teringin, semua boleh jadi.
Cuba-cuba buat sos yong tau foo.
Boleh la diterima kalau untuk kami sekeluarga.



Friday, January 21, 2011

Kerapu Sweet Sour



Sedapnya meratah ikan kerapu.
Di Sandakan, sangat murah berbanding di Semenanjung.

Monday, January 17, 2011

Teh Lemon



Tea time!!
Kami sekarang tengah menggemari Teh Lemon.
Kadang-kadang yang panas.
Kadang-kadang yang sejuk.
Ternyata yang sejuk lagi ummphh!

Pizza



Resipi "mat-saleh" pulak.
Sebenarnya saya guna resipi donut.
Tapi ditekan-tekan dalam loyang & diletakkan "topping".
Maka jadi lah pizza.
Tak asli pun tak apa lah, ada rupa pun jadi laaa..kan?

Kuih Lipat




Sekali lagi resipi dari Terengganu.
Kalau di kampung, kami panggil kuih ini, Ropa.
Inti nya kentang, bawang, daging/ayam digoreng dgn rempah kari.
Sedap, cuba lah!

Sunday, January 9, 2011

Udang Galah



Antara khazanah sungai yang sangat murah di Sabah.
Udang galah!
Sangat sedap kalau dimasak gulai lemak ciliapi.
Tapi saya masak sambal saja pun dah cukup sedap meratah.

Friday, January 7, 2011

Puding Roti


Ini antara menu paling mudah untuk disediakan.
Masukkan semua bahan dalam blender, blend, siram atas roti & bakar!