Thursday, December 30, 2010

Marble Cheese Brownies

Cheesey-Weesy Mood!!
Mencuba pula Marble Cheese Brownies.

Classic Cheese Cake

Pertama kali mencuba resipi macam ni.
Berdebar juga untuk tengok hasil nya.
Loyang Springform saya tak muat masuk oven.
Maka, terpaksa mengguna loyang biasa, dialas dengan kertas kek.

Nah...ini hasilnya.



Mahu cuba sepotong?

Rainbow Butter Cake

Resepi Butter Cake biasa juga cuma saya "rainbow" kan saja.
Bila dah berwarna macam ni, anak-anak lebih teruja.
Betul tak?

Chicken Pie

Teringat zaman muda-muda.
Hehe...
Masa belajar di IPM.
Boleh kata setiap hari, waktu lunch beli Chicken Pie.
Sedap tak terkata.
Tak sangka sekarang boleh juga merasa dari hasil air tangan sendiri.
Resepi ini dari ibu saudara saya.
Yang saya buat ni agak tidak menarik "penampilan" nya.
InsyaAllah akan diperbaiki di masa akan datang.


Sambal Bilis & Kentang




Salah satu menu kegemaran saya jugak.
Nak membuat nya cerewet, tapi nak menghabiskan nya cukup senang!
Untuk mengelakkan sesi menyiang bilis, saya selalu guna bilis halus.
Kalau di Sandakan, bilis yang RM30 sekilo.

Wednesday, December 29, 2010

Simple Cheese Cake

Kali ini kek pula.
Saya dapat resipi ini dari kawan saya.
Anak-anak pun suka.
Ayah nya lagi lah suka.
Hehehe...

Pisang Goreng



Eh?
Pisang goreng pun nak tunjuk ke?
Tak kisah la kan, makanan juga.
Tak semestinya makanan hebat saja yang boleh masuk blog.
Kan?
Kalau saya, tepung beras+serbuk kunyit+air kapur+garam+air saja.
Saya tak suka letak telur.
Sebabnya bila dah agak lama nanti, tak garing.

Tuesday, December 28, 2010

Untuk Tempahan - Cheese Tart

Ahaaa...
Ini pula beberapa jenis Cheese Tart.
Saya menerima tempahan untuk pelanggan sekitar Sandakan.
Harga pengenalan ialah RM18 untuk 30 biji.
Walaubagaimana pun, mulai 1/1/2011 harga baru akan diumumkan.
Untuk tempahan : 019-2428489


Blueberry Cheese Tart



Choco Cheese Tart



Kiwi Cheese Tart

Tok Aji Serban

Kalau di luar Terengganu, kita panggil Serimuka.
Tapi berbeza juga.
Serimuka, atasnya berwarna hijau.
Adunannya juga berbeza.
Tok Aji Serban tidak menggunakan tepung gandum untuk bahagian atasnya.
Tapi...pelik kan, namanya.

Monday, December 27, 2010

Tart Nangka

Biskut apakah ini?
Kuih raya?
Hehe...
Ini Tart Nangka.
Salah satu kuih raya yang wajib ada di rumah ahli keluarga saya.
Sedap!

Putri Ayu

Kuih yang sesuai untuk juadah sarapan dan minum petang.
Nak membuatnya agak cerewet jugak.
Tapi kalau dah suka, terpaksa lah buat jugak.
Di Sandakan ni susah sangat nak cari makanan yang kena dengan selera saya.
Opss..maaf ye orang Sandakan.

Nasi Minyak

Saya anak jati Terengganu.
Nasi minyak memang salah satu menu kegemaran.
Tahu je lah kan, kalau di Terengganu, sarapan pagi mesti nak pekena nasi.
Nasi Lemak, Nasi Minyak, Nasi Kuning, Nasi Kunyit & Nasi Dagang semestinya lah.
Oh ya Nasi Kunyit?
Nama lain nya adalah Pulut Kuning.
Nasi Minyak, kalau nak sedap memang kena guna minyak sapi.
Kalau minyak biasa, kurang aroma nya.


1 set Nasi Minyak :) Masa ni saya kehabisan pewarna, jadi terpaksa letak serbuk kunyit saja. Lebih suka kalau ianya berwarna pink. Cantik!


Rendang Daging


Gulai Ayam


Acar

Sunday, December 26, 2010

Siapa saya?

Saya suka memasak.
Yang sebenarnya saya tak pandai memasak.
Tapi kata orang, belakang parang pun kalau diasah lama-lama tajam jugak.
Ye tak?

Maka di sini lah akan saya abadikan masakan hasil tangan saya.
Bukan nak menunjuk pandai.
Sekadar untuk tatapan peribadi saya.
Puas rasa nya bila dapat hasil kan sesuatu juadah untuk keluarga.
Lepas tu, kasi posing baik punya.
Lepas tu diambil gambar nya.
Lepas tu tepek dalam blog.
Wah! Suka! Suka!

Ok la.
Kita jumpa di entry seterusnya